Theme Song ♥


♥ Happy Birthday Blog ♥

Daisypath Anniversary tickers

Monday, November 21, 2011

Lagenda Pelangi Cinta : Bab 8

Bab 8

Ira yang baru sahaja mahu melelapkan mata setelah kekenyangan terpaksa melupakan niatnya apabila dia menerima satu pesanan ringkas yang membuatnya ternganga terkejut untuk bebrapa saat .

"Wei Ira ! Sory , Iqmal terbagitahu dekat Aril yang kau syok kat dia. Sory sangat !"

Pesanan yang diterima dari Mila itu dibiarkan . Perasaan Ira tidak keruan . "Matilah aku . Segan kot !" Kata Ira sendirian . Fikirannya buntu . Rahsia besar 'Kerajaan Hatinya' kini telah dibocorkan . Iqmal merupakan teman lelaki Mila . Ira juga tidak tahu kapan Iqmal mengetahui tentang rahsianya itu . Tapi yang pasti Mila lah yang membuka mulut .

Lants Ira mendail nombor telefon rakannya itu . Belum sempat Ira memberi salam , Mila dengan pantas meminta maaf .

Mila : Ira . sory ! Dia terlepas cakap .
Ira : Gila kau ? Segan lah aku macam ni . Suka-suka je Iqmal ni . Habis tu macam mana ?
Mila : Aku suruh Iqmal cakap yang lelaki kau suka tu bukan dia nak ?
Ira: Tak kisahlah , asalkan dia tak tahu , 'then' dia tak fikir bukan-bukan .
Mila : 'Sory again' .
Ira : Tak apa lah .

Setelah talian mereka tamat , Ira menerima satu lagi pesanan ringkas .

"1 new message received : Amir"

Amir : Wey kantoi lah kau syok kat Aril . Haha ! Dia nak nombor kau . Aku bagi eh ?

Ira terkedu . "Aduh , macam mana ni ?"Ngomel Ira . Lantas Ira membalas pesanan Amir itu . Fikirannya bercelaru .

Ira : Dia nak nombor aku buat apa ? Tak payahlah .
Amir : Dia dah tahu yang kau syok kat dia .
Ira : Duhh , mana ada . 
Amir : Dah la Ira , kitaorang dah tahu dah siapa si 'Pendek Comel' tu .
Ira : Eh , bukan lah . Aku saja je .
Amir : Haha ! K .

Ringkas Amir memabalas . Tidak sampai dua minit kemudian telefon bimbit Ira sekali lagi menerima satu pesanan ringkas , tetapi kali ini dari nombor yang tidak dikenali .

"Hye" . Pendek sahaja pesanan itu . Hati Ira sudah dapat mengagak pasti ini nombor Aril . Ira tersenyum sendiri . Hatinya berbunga lantas membalas pesanan itu .

"Hye , siapa ni ?"Tanya Ira , pura-pura tidak tahu .

Aril : Err , tak kenal ke ? Tak kenal takpe lah .
Ira : Lah , mane nak kenal . Aril ?
Aril : Ha tau pun . Ingat kan tak kenal tadi . hee~

Akhirnya hati Ira kembali tenang . Melihat cara Aril seperti tidak mepunyai sebarang masaalah apabila mengetahui bahawa Ira jatuh hati dengannya . Akhirnya mereka berbalas mesej sehingga larut malam . Sungguh Ira teruja . Tetapi dia tahu , Aril tidak mungkin akan menjadi miliknya .

Sebelum Ir melelapkan mata , Amir menelefon Ira .

Amir : Wei , tidur dah ?
Ira : Baru je nak tidur . Kenapa ?
Amir : Tak ada apa . Kau tahu , Aril semangat nak kenal kau .
Ira : Haha ! Macam-macam lah kau ni .
Amir : Betullah . hmm . Okay la wey .
Ira : Tu je ? Kau call aku tengah-tengah malam semata-mata itu je ?
Amir : Haha ! Aah . K , bye .
Ira : Okay , bye .

Untuk pertama kalinya selepas putus cinta Ira tidur dalam senyuman .