Theme Song ♥


♥ Happy Birthday Blog ♥

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, December 4, 2011

Lagenda Pelangi Cinta : Bab 10 ♥

Bab 10

"Eh ! Lepas la ! Sakit tahu tak ? " Ira geram kerana dikasari sebegitu . Matanya memandang tepat ke arah raut wajah jejaka yang berkulit putih itu , sungguh , Ira rindu . Tetapi kebenciannya terhadap lelaki itu mengatasi segala rindu dan sayang yang mendiami hatinya .

"Syah ada benda nak cakap dengan Ira ." Syah merenung mata gadis itu sedalam-dalamnya . Dia rindu mahu bermanja dan bergurau dengan gadis itu lagi seperti dahulu lagi . Jauh di sudut hati Syah , dia tidak rela melihat gadis yang sangat disayanginya itu menjadi milik lelaki lain lebih-lebih lagi teman baiknya sendiri . Terlalu sukar untuk melepaskan gadis itu setelah 2 tahun lebih Ira menjadi permaisuri di hatinya .

"Cakap je la nak jumpa Ira , tak payah nak tarik-tarik orang macam ni !"Dengus Ira .

"Kalau Syah cakap Syah nak jumpe Ira , nak ke Ira ?" Soal Syah .
"Dah tau yang aku tak nak jumpe kau , kenapa kau nak paksa aku pula ?" Ira meninggikan suaranya .
"Kau nak duit kau balik ? Okay , sekarang jugak aku boleh bagi. " Sambungnya lagi .

"Tak Ira , Syah tak nak duit Syah . Syah tak nak apa-apa pun . Syah cuma nak Ira . Ira je yang berharga kat mata Syah sekarang ni . Please be mine back sayang . "Tangan gadis itu diraih lembut oleh Syah .

"Untuk apa ? Untuk sakitkan hati Ira ? Untuk buat Ira menangis ? Untuk seksa hidup Ira ? ha ? Syah , ramai lagi perempuan dekat luar tu yang nak jadi girlfriend Syah , tapi bukan Ira ! Ira dah tak sanggup ! Syah , Ira minta tolong sangat-sangat Syah jangan ganggu hidup Ira lagi . " Tegas Ira lantas menarik kembali tangannya .

"Kenapa Ira tak nak ? Sebab Ira dah gila kan Aril ? Sebab lelaki tak guna tu Ira nak tinggalkan hubungan kita ni ?"Suara Syah semakin meninggi .

"Syah kasar dengan Ira , Syah selalu maki Ira , Syah pernah naik tangan dengan Ira ! Tu semua tak ada kena mengena dengan Aril ! " Lawan Ira .

Mata Syah tertancap kepada telefon bimbit yang digenggam erat oleh Ira . Lantas dia merampas telefon bimbit itu .

"Apa hal ni ?! Apa hak kau nak rampas 'phone' aku ?!"Amuk Ira . Nyata Ira terkejut diperlakukan seperti itu . Syah pasti mahu memeriksa 'inbox' milik Ira . Ira ingin mengambil kembali telefonnya itu lantas ditempis kuat oleh Syah . Untuk beberapa ketika Ira terpaksa bergelut dengan lelaki itu untuk mendapatkan telefon bimbitnya itu .

'Pangg !' Syah menampar pipi gadis itu . Ira terdiam buat seketika . Ini bukan kali pertama Syah memukul Ira tetapi belum pernah lagi Syah menampar muka gadis itu .

"Kau jangan kurang ajar eh !" Tengking Syah . Melihat Syah yang semakin menggila . Ira mahu meninggalkan lelaki itu secepat mungkin tetapi tangannya ditarik kasar .

"Macam ni kau cakap sayang ? Sudah la ! Kau memang takkan berubah ! And for your information i am not going to risk my heart for someone useless like you ! Get lost !"Kini giliran Ira pula menyumpah seranah lelaki itu .

Mila sudah tiba diperkarangan sekolah , Syah serta-merta melepaskan tangan Ira dan terus berlalu pergi . Tangannya menggeletar , jauh di sudut hatinya dia berasa bersalah yang teramat kerana mengasari gadis itu .

"Babe , apa hal lelaki tu ? Dia nak apa ?"Soal Mila stelah mendapatkan Ira .
Mata Ira terasa panas , Ira mahu menangis , tetapi ditahan juga . Ira tidak mahu menangis kerana lelaki itu lagi . Dikuatkan juga hati dan semangatnya . Melihat mata Ira yang bergenang , Mila lantas memeluk rakannya itu .

Thursday, December 1, 2011

Lagenda Pelangi Cinta : Bab 9 ♥

Bab 9

Pagi itu dirasakan indah sekali , Ira melangkah ke sekolah dengan senyuman yang ceria dan hati yang berbunga . Perjalanan kakinya sengaja dilambatkan kononnya mahu berjalan dengan sopan bagai puteri diRaja .
Sudah hampir seminggu Ira dan Aril berhubung , nyata Aril yang dahulunya Ira labelkan sebagai seorang lelaki yang sombong dan nakal rupanya seorang yang ceria dan gila-gila orangnya . Hari-hari Ira sangat dan semakin bahagia bersama Aril . Pernah juga beberapa kali Syah cuba mengganggu hubungan baik mereka namun tidak berjaya kerana Ira dan Aril sudah masak dengan sikap lelaki itu .

"Mie , petang ni sekolah kita ada 'match' bola kan ?" Soal Ira sejurus melabuhkan punggungnya ke atas kerusi di kelasnya .

"Aah , aku pergi dengan Iqmal , kau nak join ?"Pelawa Mila .
"Iqmal ? hmm, okay lah , tunggu aku dekat depan sekolah pukul 4.00 petang okay ? Kata Ira , matanya mula bersinar , Ira sebenarnya bukanlah peminat tegar pasukan bola sepak sekolah mereka , tetapi niat hatinya hanya mahu melihat kelincahan si jejaka idaman beraksi di padang memandangkan Aril merupakan salah seorang pemain bola sepak sekolah .
"Okay , sayang."Balas Mila pendek .

....................................................................................................................................

"Ish , mana Mila ni , janji pukul 4 , ni dah 4 suku , batang hidung pun tak nampak . " bebel Ira sendirian .

Tidak beberapa lama kemudian , Mila dan Iqmal tiba , Mila melambai dari jauh sambil tersengih . Dia tahu , pasti Ira bengang  .

"Ira , sorry , Iqmal ni ha , bersiap lama sangat , macam perempuan ." Matanya mengerling Iqmal .

"Eh , saya pulak ? Awak yang tertidur tadi kan ?" Balas Iqmal dengan pantas .

"Lah kau , boleh tertidur ? Lepas tu nak salahkan orang pulak . Haishh , nasib baik aku sayang . "Kata Ira . Dilihatnya Mila tersenyum malu sambil mencubit-cubit manja teman lelakinya itu .

"Dah la , 'game' dah mula dah tu . " Terus ditariknya lengan Mila sambil berjalan mendekati padang . Ira mengambil tempat duduk yang paling strategik di antara yang paling strategik agar senang dia melihat Aril . Mila melabuhkan punggungnya di tengah-tengah antara Iqmal dan Ira .

"Ira , aku nampak Syah la . " Usik Iqmal . Dia tersenyum nakal .

"Ah , aku tengah cari Aril . Sibuklah pulak kau pasal Syah tu ." Ira geram . Nama yang sudah seminggu tidak menjenguk masuk ke dalam rongga telinganya kini disebut kembali .

Iqmal memang suka mengusik Ira sehingga mampu mengalirkan airmata gadis itu namun Ira bertahan , tidak mahu dibilang cengeng barangkali .

"Mie ! Aku nampak Aril lah ! " Ira tersenyum teruja . Hatinya tenang melihat wajah lelaki itu yang telah diberi gelaran "Jejaka Idaman Malaya" oleh Ira .

"Mana ? Mana ?" Kini giliran mata Mila pula melilau mencari kelibat Aril .

"Eh , awak ni . Saya yang kat sini dari tadi takde pulak awak nak tanya . Aril tu pula yang awak sibukkan . Fine . " Kata Iqmal , mulutnya dimuncungkan tanda merajuk . Mila terdiam lalu menjelirkan lidah ke arah lelaki itu . "Ceh , nak merajuk konon." Usik Mila . Ira senang melihat Mila mengenakan lelaki yang selalu mengusiknya itu . Namun hati Ira tercuit melihat gelagat dua pasangan yang sedang bahagia dilamun cinta itu . Timbul sedikit perasaan iri hati dalam diri Ira . Dia juga mahu bahagia seperti mereka dan pasangan kekasih yang lain . Tetapi Ira beruntung kerana mempunyai rakan-rakan yang sering menghiburkan hatinya .

Tamat sahaja perlawanan bola itu , Ira mahu terus pulang dan merehatkan matanya setelah penat 'bekerja' tetapi ayahnya tidak dapat menjemput Ira pulang kerana mempunyai tugas di luar , jadi Ira terpaksa meminta jasa baik Mila menumpangkannya pulang .

"Ira , kau tunggu kat sini kejap eh , aku hantar Iqmal balik dulu , lepas tu aku hantar kau pulak ." Kata Mila .
"Ok , jangan lambat sangat eh , aku penat sangat ni ." Balas Ira .

Tidak lama kemudian kelibat Mila dan Iqmal hilang dari pandangan . Ira tersenyum sendirian , mindanya masih lagi diawangan teringatkan pengarang jantung hatinya itu . Nyata penangan cinta yang dialami gadis itu sangat hebat .

Tiba-tiba tangan Ira direntap dan dia ditarik oleh seseorang ke tempat yang sedikit tersorok .