Theme Song ♥


♥ Happy Birthday Blog ♥

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, December 4, 2011

Lagenda Pelangi Cinta : Bab 10 ♥

Bab 10

"Eh ! Lepas la ! Sakit tahu tak ? " Ira geram kerana dikasari sebegitu . Matanya memandang tepat ke arah raut wajah jejaka yang berkulit putih itu , sungguh , Ira rindu . Tetapi kebenciannya terhadap lelaki itu mengatasi segala rindu dan sayang yang mendiami hatinya .

"Syah ada benda nak cakap dengan Ira ." Syah merenung mata gadis itu sedalam-dalamnya . Dia rindu mahu bermanja dan bergurau dengan gadis itu lagi seperti dahulu lagi . Jauh di sudut hati Syah , dia tidak rela melihat gadis yang sangat disayanginya itu menjadi milik lelaki lain lebih-lebih lagi teman baiknya sendiri . Terlalu sukar untuk melepaskan gadis itu setelah 2 tahun lebih Ira menjadi permaisuri di hatinya .

"Cakap je la nak jumpa Ira , tak payah nak tarik-tarik orang macam ni !"Dengus Ira .

"Kalau Syah cakap Syah nak jumpe Ira , nak ke Ira ?" Soal Syah .
"Dah tau yang aku tak nak jumpe kau , kenapa kau nak paksa aku pula ?" Ira meninggikan suaranya .
"Kau nak duit kau balik ? Okay , sekarang jugak aku boleh bagi. " Sambungnya lagi .

"Tak Ira , Syah tak nak duit Syah . Syah tak nak apa-apa pun . Syah cuma nak Ira . Ira je yang berharga kat mata Syah sekarang ni . Please be mine back sayang . "Tangan gadis itu diraih lembut oleh Syah .

"Untuk apa ? Untuk sakitkan hati Ira ? Untuk buat Ira menangis ? Untuk seksa hidup Ira ? ha ? Syah , ramai lagi perempuan dekat luar tu yang nak jadi girlfriend Syah , tapi bukan Ira ! Ira dah tak sanggup ! Syah , Ira minta tolong sangat-sangat Syah jangan ganggu hidup Ira lagi . " Tegas Ira lantas menarik kembali tangannya .

"Kenapa Ira tak nak ? Sebab Ira dah gila kan Aril ? Sebab lelaki tak guna tu Ira nak tinggalkan hubungan kita ni ?"Suara Syah semakin meninggi .

"Syah kasar dengan Ira , Syah selalu maki Ira , Syah pernah naik tangan dengan Ira ! Tu semua tak ada kena mengena dengan Aril ! " Lawan Ira .

Mata Syah tertancap kepada telefon bimbit yang digenggam erat oleh Ira . Lantas dia merampas telefon bimbit itu .

"Apa hal ni ?! Apa hak kau nak rampas 'phone' aku ?!"Amuk Ira . Nyata Ira terkejut diperlakukan seperti itu . Syah pasti mahu memeriksa 'inbox' milik Ira . Ira ingin mengambil kembali telefonnya itu lantas ditempis kuat oleh Syah . Untuk beberapa ketika Ira terpaksa bergelut dengan lelaki itu untuk mendapatkan telefon bimbitnya itu .

'Pangg !' Syah menampar pipi gadis itu . Ira terdiam buat seketika . Ini bukan kali pertama Syah memukul Ira tetapi belum pernah lagi Syah menampar muka gadis itu .

"Kau jangan kurang ajar eh !" Tengking Syah . Melihat Syah yang semakin menggila . Ira mahu meninggalkan lelaki itu secepat mungkin tetapi tangannya ditarik kasar .

"Macam ni kau cakap sayang ? Sudah la ! Kau memang takkan berubah ! And for your information i am not going to risk my heart for someone useless like you ! Get lost !"Kini giliran Ira pula menyumpah seranah lelaki itu .

Mila sudah tiba diperkarangan sekolah , Syah serta-merta melepaskan tangan Ira dan terus berlalu pergi . Tangannya menggeletar , jauh di sudut hatinya dia berasa bersalah yang teramat kerana mengasari gadis itu .

"Babe , apa hal lelaki tu ? Dia nak apa ?"Soal Mila stelah mendapatkan Ira .
Mata Ira terasa panas , Ira mahu menangis , tetapi ditahan juga . Ira tidak mahu menangis kerana lelaki itu lagi . Dikuatkan juga hati dan semangatnya . Melihat mata Ira yang bergenang , Mila lantas memeluk rakannya itu .

2 comments: