Theme Song ♥


♥ Happy Birthday Blog ♥

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, October 1, 2011

Lagenda Pelangi Cinta : Bab 1 ♥

Bab 1

     "Wey ! kau biar betul ? Kau dah break dengan 'One of Lelaki Jambu' dekat
sekolah ni ?" Nyata pemberitahuan tentang pengakhiran hubungannya
bersama Ikhwan Akasyah yang telah terjalin selama 2 tahun itu mengejutkan Mila .
Nurin Sharmila merupakan salah seorang teman rapat Ira di sekolah sejak 3 tahun lalu
banyak mengetahui kisah pahit manis Ira sepanjang dia bersama Syah.

     "Eleh , macam kau tak kenal diaorang ni . Pagi putus , petang bercinta balik kan ?
kan ? Celah Fiqa , rakan sekelas Ira .
       "Ish , kau ni , agak-agak la nak perli pun . Nope ! I am with my decision .
Aku tak akan sia-siakan hidup aku dengan dia lagi." Kata Ira bersemangat .
        "Sudah la Ira , aku sebagai kawan rapat kau , dah banyak kali dengar yang
korang break , tapi last-last , couple balik . Aku memang tak suke Syah tu , but please
korang dah lame . Takkan nak break macam tu je kot ? By the way , cha-ching !
cha-ching ! dia kaya wey ! " Mila membebel panjang .

        Ira tersenyum apabila melihat gaya Mila berceloteh . Mila memang berpotensi
menjadi Pemidato Terbaik Negara . Bakat Mila sungguh terserlah apabila dia
berceloteh panjang . Sungguh isi-isi yang diberi sangat bernas .

        "Mie ! kau ni . Money is not everything okay ? Kau sepatutnya support aku .
I am dying with him . He is not the one ." Ira sedih , nyata temannya tidak
memberi semangat seperti yang diharapkan .
        "Okay , sorry . Aku sebagai kawan kau , akan sokong dengan keputusan bijak
yang kau ambil ni kuasa dua . Go Ira Go ! . Sokong Mila sambil menggenggamkan
buku limanya tanda semangat ,

        Ira lantas ketawa . "Kuasa dua ? Apa tu ?" soal Ira dengan gelak tawa
yang masih berbaki .

        "Hee ! Ala , kuasa dua tu macam dua kali ganda la . Kau tak belajar Matematik
ke ?" Mila memerli lalu tersenyum nakal .
         "Haha ! apalah , tak payah nak Matematik sangat dengan aku ." Ira menggeleng kepala
melihat gelagat Mila yang tak pernah jemu mengusiknya itu .

            .................................................................................................................


            Sampai sahaja di rumah , terus dihenyakkan diri di atas  katil empuk
kesayangannya yang termasuk dalam list "The Most Favourite Port" di rumah semi
banglo milik keluarga Ira . Bilik itu terasa kosong . Dinding yang dicat kemas berwarna
merah jambu . Cadar dan comforter juga berwarna merah jambu . Bantal-bantal
pelbagai saiz dan pelbagai tona warna merah jambu tersusun rapi di atas katilnya .
Jelas menampakkan Ira penggemar warna merah jambu . Bilik itu kelihatan ceria ,
namun kini suram seperti perasaan tuannya .

        "Aduh , macam mana boleh rindu ni ?" Ira terdetik . "Ahh , sudah la , sampai bila
kau nak sedih sebab dia Ira ? Useless tahu ? Sekarang kau kene move forward .
Be strong Ira !" Ira tersenyum sendiri secara tiba-tiba . Terasa lucu apabila tersedar
dia bermonolog .

                 Ira bingkas bangun , Ira ingin membersihkan dirinya yang dari pagi bermandi
peluh gara - gara latihan sukan yang memenatkan dan amat menyeksakan diri Ira .
Selesai mandi dan menunaikan solat Zohor , Ira lantas melayari internet .
Dia mendengar lagu - lagu yang mampu menghilangkan rasa suramnya akibat
kesunyian dan kerinduan yang melampau terhadap bekas teman lelaki yang baru sahaja
ditinggalkan .

         Dilihat ke skrin telefon bimbit milik ira yang berwarna merah jambu .
Tertera nombor yang sangat dikenalinya . Sejak dari tadi Syah menghubungi Ira ,
tetapi Ira hanya membiarkan .Telefon bimbitnya itu ditukarkan ke 'Silent Mode' .
Terasa malas mahu melayan pujuk rayu basi lelaki itu .

No comments:

Post a Comment