Theme Song ♥


♥ Happy Birthday Blog ♥

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, October 4, 2011

Lagenda Pelangi Cinta : Bab 3 ♥

Bab 3

       "Weh Mie , kau tengok tu , bakal laki aku . Perghh ! comel weh ." Kata Ira sambil
matanya memandang seorang pelajar lelaki .
Mata Mila membuntang . "Ha ? Bakal laki kau ? Aih , baru semalam break , hari ni dah
plan nak kahwin ? Amboi , gatal ye kau Ira . Eh , apa cerita ex kau tu ?" Soal Mila yang
masih lagi ingin tahu mengenai hubungan Ira dengan Syah .
"Entah , semalam dia ada call , tapi aku malas la . I'm sick off being his stupido." Ira mempamerkan riak bengang .

           "So , kau betul-betul nak tinggalkan dia ? Serious ?"Mila masih lagi kelihatan tidak yakin dengan keputusan yang diambil oleh Ira . Bukan dia tidak tahu akan sikap Ira . Sejak dari dulu lagi Ira memang kuat apabila putus dengan Syah , tapi akhirnya dia mengalah dek pujuk rayu dan janji manis lelaki itu .
Ira mengangguk "Yes , I am . "
"Eh , apa pasal kau tiba-tiba cakap yang Azeril tu bakal laki kau pulak ?Mila mengubah topik . Seribu satu persoalan bermain difikirannya .
"Tu lah kau , sebuk sangat nak tau pasal cerita lama aku . Sekarang baru nak tanya yang baru . Haihh."bebel Ira .
Mila mencebik . Malas mahu memanjangkan cerita .

"Semalam , aku pergi makan kat restoran , aku terjumpa family Azeril ni , tapi aku tak nampak dia pun . Tiba-tiba ibu aku cakap nak berbesan dengan family dia sebab parents aku dah lama kenal dengan parents dia . Aku on je la ." Cerita Ira sambil tersenyum lucu .

"Eh ? Biar betul ? Ibu kau bukan tak suka ke cakap pasal kahwin-kahwin ni ?" Nyata Mila terkejut . "Dia gurau kot."Sambungnya lagi .

"Haih kau ni , sah-sah lah ibu aku bergurau . Takkan lah dia tiba-tiba nak kahwin kan aku pulak . " Ira mengerling . Geram melihat Mila yang seperti tidak faham akan maksudnya .

"Oh , agak dah . Kalau ibu kau bergurau , yang kau serious lebi-lebih ni kenapa ?"Belum sempat Mila menyambung ayatnya Ira mencelah .

"Mie ! Ada aku cakap aku nak pergi meminang si Azeril tu ke ? Aku just nak usha-usha je lah . Kau ni . . . haihh . apesal lambat sangat kau tangkap maksud aku ? "bebel Ira . Sudah tidak larat lagi mahu menerangkan maksud isi hatinya kepada Mila yang kelihatan termangu-mangu itu . Dia tahu temannya itu sengaja pura-pura tidak faham akan maksud isi hatinya , pasti mahu Ira berterus terang , tapi malas Ira mahu melayan . Lambat laun pasti Mila faham .

"Eh , Mie , for your information , dia single okay !" Mata Ira bersinar bahagia .
"Hah ? expert gila kau ! Mana kau tahu ? Kau tanya dia ke ?"Mila bagaikan tidak percaya Ira mengetahui soal Ayie sepantas itu .

"Hey ! sorry la aku nak tanya-tanya ni . Aku stalker la . hee~"Ira tersengih , teringat kembali bagaimana Ira bersorak riang apabila mengetahui hati anak lelaki Encik Rajuddin dan Puan Nani itu belum dimiliki oleh sesiapa . SINGLE and AVAILABLE . Ira bagaikan diawangan . Tapi seandainya Aril sudah dimiliki pun Ira pasti akan terus meminati lelaki itu . Alah , baru bercinta , belum kahwin pun .

"Eleh Ira , macam lah Aril tu pandang dekat perempuan macam kita ni . Kau tak kan tak tahu ex-ex girlfriend si Ayie tu , semua nya market . " Mila cuba mengingatkan Ira .

"Huh ? kisah pulak aku . Market tak market . Apa barang market-market ni Mila ? Tak kemana pun . Masuk tanah sama jugak macam orang lain kan ?"Kini giliran Ira pula mengingatkan Mila .

"Ha , lagi satu kau jangan lupa , Ayie tu bukan main kamcing lagi dengan si Syah . Silap-silap hari bulan dia tolong carikkan Syah girlfriend baru . Baru padan muka kau . "Mila ketawa , dengan harapan Ira termakan dengan kata-katanya tadi .

"Oh , who cares."Jawab Ira tenang . Mukanya tersenyum yakin .

Ketawa Mila terhenti secara tiba-tiba , "Eh , biar betul ? Nekad habis minah sorang ni."detik Mila .

No comments:

Post a Comment