Theme Song ♥


♥ Happy Birthday Blog ♥

Daisypath Anniversary tickers

Friday, October 14, 2011

Lagenda Pelangi Cinta : Bab 6 ♥

Hari minggu yang amat membosankan untuk Ira . Setelah 5 hari menjalani peperiksaan awal tahun , hati Ira berbunga-bunga sepanjang peperiksaan itu berlangsung kerana Ira menggunakan peluang itu secukup-cukupnya
untuk menatap wajah si Pengarang Jantung . Ira tersenyum lebar .

Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi .

               "1 new message received : Amir"

Ira membuka pesanan yang baru sahaj diterimanya itu . 

Amir : Wei 

"uiks ? pendek nye text kau ."Ira bermonolog .

Ira membalas pesanan dari Amir . Mindanya tertanya-tanya tujuan Amir yang jarang sekali menghantar pesanan kepadanya . Pasti ada hal yang ingin ditanya .

Ira : ape ?
Amir : Siape budak yang kau tulis dekat FB tu ?
Ira : TOPSECRET wey !
Amir : alah kau , tu pun nak berahsie . Cakap la . 
Ira : Segan la wey , kau kenal budak tu . Budak seklah kite jugak , die kelas Sport Science .
Amir : Syah la kan ?
Ira : kau ni  . tak la .
Amir : Umm , Fahrin ?
Ira : tak . :)
Amir : haa , Aril kan ? mengaku je la .

Ira terkedu . "Eh ! Betul ." Namun Ira tidak mahu rahsia 'Kerajaan Hati' nya di ketahui . Ira tetap menafikan .

Ira : Aril ? Tak lah .
Amir : Ala , kau jangan nak tipu aku , aku perasan kau asyik usha die je kat dalam dewan .

"Alamak !" jerit Ira kecil . Perasaannya bercampur baur . Malu , segan , risau , takut . Ira tidak membalas pesanan Amir itu . Ira memilih untuk mendengar lagu dan merehatkan minda yang semakin kusut .
Secara perlahan Ira mengelamun jauh , teringat kembali peristiwa pada hari terakhir peperiksaan .

No comments:

Post a Comment