Theme Song ♥


♥ Happy Birthday Blog ♥

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, October 15, 2011

Lagenda Pelangi Cinta : Bab 7 ♥

Bab 7

"Ira , kau tak turun rehat ke ?" tanya Mila sambil tangannya laju menyimpan alat-alat tulis ke dalam bekas pensilnya .

"Tak la , lepas ni Paper Sivik kan ? Aku nak study sikit . Kalau tak dapat A rugi kot . Aku kan bersivik orangnya . " Seloroh Ira .

"Banyaklah kau punya Sivik . Haa , kau ada agenda lain ni kan ? Jujur je la Ira . 2 tahun aku dah kenal kau sangat dah ."Kata Mila . Dia tahu , Ira seorang yang kuat makan itu tidak mahu ke kantin sekolah secara tiba-tiba pasti mempunyai agenda yang lebih penting .

"Hee ! Mie , teman aku carik Aril boleh ? Tadi time Paper Maths aku tak sempat usha dia la ."Ira mempamerkan riak sedih mahukan simpati .

"Ish , kau ni , aku dah agak dah . Haihh , mengada betul ! Okay , tapi teman aku pergi toilet dulu okay . Aku dah nak terkucil sangat ni . " Kata Mila .

"Okay jom ! " Balas Ira pendek lantas menarik lengan Mila . Laju sahaja langkah Ira . Hati sudah berkobar-kobar mahu mencari si Pengarang Jantung .

Setelah ke tandas , kedua gadis itu memulakan pencarian mereka .

"Agak-agak kau Aril kat mana eh ?" Tanya Ira , matanya meneliti satu per satu kelibat pelajar lelaki yang lalu-lalang di situ .

"Manalah aku tahu . Kalau aku tahu , tak payahlah susah aku teman kau cari dia . Kau ni pun satu , karang-karang je la cari dia . Aku dah la lapar ni ." Bebel Mila .

Belum sempat Ira membalas bebelan Mila , tiba-tiba Ira terlihat seseorang yang wajahnya sama seperti Aril namun kali ini versinya sedikit berbeza . Dia berkaca mata . Namun Ira tidak pasti kerana dia tidak dapat melihat wajah lelaki itu dengan jelas . Hanya dapat dari sudut tepi sahaja .

"Mie ! Kau tengok tu . Macam Aril kan ?"Bisik Ira .

"Eh , aah la . Tapi sejak bila dia jadi 'nerdy' macam tu ?Bukan kot . Orang lain la tu"Kata Mila sambil menghendap sedaya upaya cuba melihat wajah lelaki itu dengan jelas .

"Eh , bukan 'nerdy' okay . Spectacles macam tu kan memang trend sekarang . Hmm . Ye lah . Jom carik dekat tempat lain . "Balas Ira lemah .

Tidak sampai 5 minit pencarian mereka Mila bersuara .

"Tak ada pun . Jomlah masuk dewan . Ala lepas ni kan Paper Sivik . Kacang je , banyak masa kau nak usha si Aril tu . "Mila cuba menyedapkan hati rakannya itu .

"Ya lah . " Pendek Ira membalas , hatinya hampa , namun ada betulnya juga kata Mila . Banyak masa lagi . "Bila aku tengok dia aku rasa seronok weh."Kata Ira sambil tersenyum ala-ala perempuan gedik .

"Euww ." Cebik Mila . Lantas masuk ke dalam dewan terdahulu sebelum Ira .

Apabila Ira melangkah masuk ke dalam dewan , Ira cuba memerhatikan kembali lelaki yang dikatakan sama seperti Aril tadi . Lelaki itu kini berada 3 langkah sahaja darinya . Wajah lelaki itu sangat jelas . "Eh !"Ira terkejut .

Aril yang menyedari kehadiran Ira lantas memandang gadis di hadapannya itu . Mata mereka bertaut untuk sesaat yang dirasakan lama oleh Ira .

Dengan sepantas kilat Ira mengalihkan pandangan matanya dan terus mempercepatkan langkah supaya dapat mendekati Mila yang berada sedikit ke hadapan darinya .

"Weh ! Budak tadi tu betullah Aril . " Ira berbisik teruja .
"Hah ? Mane ?"Matanya memandang ke arah tempat di mana mereka lihat lelaki yang seperti Aril berada  sebentar tadi . "Aah la." Mila tergelak kecil lantas menyambung kata-katanya . "Siapa suruh dia pakai cermin mata "trend' sangat tu . Mane aku nak cam."

"Tadi dia pandang aku lah . Dia tahu kot yang kita tengah cari dia . Segan wey."Lantas Ira memukul lembut lengan gebu Mila .

Dari jauh , Aril tersenyum . Lucu melihat gelagat dua orang sahabat itu , Hatinya terdetik nakal "Apasal diaorang tu ? Sakit agaknya." Tapi hakikatnya Aril sudah tahu bahawa gadis yang bernama MiaHana Shaheera sudah jatuh hati kepadanya dan Aril juga sedar yang gadis itu sering memerhatikan dirinya .

"Ira ! Makan !" Jeritan nyaring ibunya yang mampu mengalahkan Ning Baizura menyedarkan Ira dari lamunannya sebentar tadi . Lantas Ira tersenyum sendiri . Lelaki yang dahulunnya dalam kategori "Lelaki Pilihan Terakhir" dalam carta hidup Ira kini menjadi "The Most Wanted Man" dalam hatinya . Meskipun dirinya tidaklah secantik dan sepopular rakan-rakan sekolahnya yang lain . Namun 'list' seperti itu amat perlu dalam hidupnya . Hati Ira berbunga-bunga . Dia yakin dengan kata hatinya bahawa Aril adalah yang tepat untuk dirinya .

No comments:

Post a Comment