Theme Song ♥


♥ Happy Birthday Blog ♥

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, October 5, 2011

Lagenda Pelangi Cinta : Bab 4 ♥

Bab4

Selesai membersihkan diri , Ira terus mencapai komputer ribanya . Hatinya yang berbunga dek kerana bertemu dengan 'Pembakar Semangat' baru , ingin dikongsi bersama teman-teman di laman sosialnya . Dengan perasaan yang tidak sabar , Ira log masuk ke akaun Facebook dan tangannya laju menekan papan kekunci komputer riba merah jambunya ,

                               "Dia tak putih , tak tinggi , tak hot , tapi dia C O M E L !"


Puas hati dengan ayat itu , Ira lantas klik butang "SHARE" dan tersenyum sendirian . Ira bagaikan tidak percaya , hadirnya Aril di dalam hidup Ira walaupun belum berjaya mendapatkan nombor telefon Aril namun telah memberi semangat baru dan hidup baru buat MiaHana Shaheera . Tidak sampai 5 minit beberapa orang temannya memberi respons terhadap status Ira itu .

Hazdi : Aku ke weh ? Terima kasih :)
Fahrin Ramlan : Sape ? Sape ? ^^
Nanaa : BF baru ke sis ?

Ira tersenyum lebar , terasa lucu melihat respons teman-teman dan adik sepupunya itu . Lantas Ira membalas ,

MiaHana Shaheera : Hazdi : errr . . okay , sama-sama :)
                               Fahrin Ramlan: Si pencuri hati . HAHA !
                               Nanaa : Nak tahu ? Nanti malam call sis eh . Kita 'gossip' :)

Nanaa merupakan sepupu Ira yang paling rapat dengannya . Selain Mila , Nana juga banyak mengetahui pahit manis kelat masam hidup Ira . Namun disebabkan jarak yang jauh , sukar untuk mereka berkongsi cerita , hanya telefon bimbit sebagai alat penghubung setia yang menjadi mangsa mereka .

Ira tiba-tiba menerima Instant Message daripada salah seorang rakan Syah dan juga Aril .

Amir : Syah mane ?
Ira : Huh ? Dah break wey . -.-.'
Amir : Eleh , ye la tu ,
Ira : Ye lah . kau ni .
Amir : Habis tu siapa dekat status kau tu ?
Ira : TOPSECRET wey ! kau kenal dia .
Amir : Syah la tu .
Ira : Eh , kau ni , Syah tu tinggi . Wey , carikkan aku BF baru :P
Amir : Hmm , tengok lah . Ambil number aku ni .010-0987654 Apa-apa hal text je k .
Ira : Waaa . . terima kasih .

Mata Ira semakin layu , meronta-ronta mahu direhatkan . Ira dengan perlahan merebahkan diri di katil empuknya , badannya letih bersukan seharian di sekolah . Dibiarkan sahaja komputer ribanya terbuka .

....................................................................................................................
"Ira ! Bangun ! Ada panggilan untuk Ira ni . " Panggil Puan Maria . Lantas Ira mencapai telefon bimbitnya .
"Hello ? Hello ? Hello ? Apesal senyap nih ?" Ira hairan . Dia masih dalam keadaan mamai .

"Astaghfirullahalazim budak bertuah ni . Panggilan Ira dekat telefon rumah la . Tu la , tidur waktu Maghrib ini la jadinya . "bebel ibunya . Geram melihat anak daranya yang kuat tidur itu .

"Hah ? Dah Maghrib ? " Ira terkejut , terasa seperti baru 10 minit melelapkan mata . Mujur bulan Ira penuh ketika itu , kalau tidak Ira pasti menanggung dosa kerana sudah tertinggal waktu Asar tadi .

Dicapainya ganggang telefon rumah , "Hel . . "belum sempat Ira menghabiskan ayatnya Nana terus mencelah .

"Wey bik ! Apa cerita boyfriend baru ?"Panggilan 'bibik' itu diberi kepada Nana dan juga Ira oleh keluarga mereka berdua kerana apabila berkumpul bersama , Ira dan Nana lah setia menjalankan tugas sebagai bibik . Disuruh menyidai kain pasti beres walaupun mulut mereka tak berhenti merungut sehingga kain siap disidai .

"Lah dia ni . Tak sabar-sabar nak jadi reporter tak berbayar eh ?"Perli Ira , geram kerana tidur nyenyaknya diganggu .

"Hee ~ alah , tak salahkan Nana nak tahu , siapa si pendek comel tu ?"Balas Nana .

Lalu Ira menceritakan tentang pertemuan yang berlaku di restoran kelmarin . Suara nya diperlahankan sedikit bimbang didengari oleh ahli keluarga yang lain .

No comments:

Post a Comment