Theme Song ♥


♥ Happy Birthday Blog ♥

Daisypath Anniversary tickers

Monday, October 3, 2011

Lagenda Pelangi Cinta : Bab 2 ♥

Bab 2

         "Kakak ! " pintu biliknya diketuk , nama gelaran Ira di rumah dipanggil oleh
adik bongsunya .
         "Ya ! nak apa ? " Dijeritnya sahaja . Ira yang sedang merehatkan diri terasa malas dan penat mahu membuka pintu yang berada tidak sampai 3 langkah sahaja dari katilnya .
          "Siap cepat . Ibu tak larat nak masak . Kita makan luar . " Jerit adiknya kembali .
           "Eh , dia ni nak main lawan - lawan jerit dengan aku pulak ke ?" Ira mengomel
sendirian .
            "Hrmmm , okay ! Jawab Ira pendek . Penatnya tidak hilang lagi .

               Sungguh Ira berasa malas mahu pergi . Tetapi disebabkan kasihan akan
perutnya yang rancak berbunyi mahu diberi makan , Ira lantas menggantikan baju tidur
yang dipakainya dengan t-shirt berwarna ungu lembut . Ira mengenakan shawl berwarna
ungu dan seluar jeans berwarna hitam .

        Kelihatan ringkas tetapi ayunya terserlah . Dipakainya bedak kompak dan
dicalitkan sedikit pelembap bibir berwarna merah jambu agar tidak kelihatan pucat
Puas hati dengan penampilannya , Ira menyemburkan sedikit minyak wangi Silkygirl
kegemarannya dan terus melangkah keluar .

           Telefon bimbit yang tak berhenti berdering dari petang tadi ditinggalkan sahaja .
Ira sudah nekad mahu membuang segala memori bersama lelaki itu . Ira harus percaya
pada takdir .


            Sampai sahaja di restoran itu , Ira melihat ayah dan ibunya bersalaman
dengan sepasang suami isteri yang kelihatan seusia dengan mereka .
"Eh , ini bukan keluarga Azeril ke ?" . Lantas Ira bersalaman sambil memberikan senyuman seikhlasnya kepada ibu Azeril itu .
"Baiknya kau Ira , untung-untung makcik ni nak buat kau jadi menantu ." detik Ira nakal .

          Selesai Ira dan keluarganya memesan makanan . ibu Ira , Puan KhairulMaria
bertanya kepada anak gadisnya .
"Ira kenal anak pakcik Rajuddin tu ? Satu sekolah kan ?"
"Oh , Azeril , kenal .  Tapi tak rapat pun . Dia baru masuk tahun ni . Dulu budak Teknik .
Tapi entah la , tiba-tiba je dia masuk sekolah biasa balik . Dia pandai , tapi sayang , nakal . "
Panjang Ira bersyarah .
             
          "Eh , suka-suka pulak budak ni nak cakap pasal orang."Ayahnya Encik Rahimi
mencelah . Ayah Ira memang kurang bercakap dan tidak gemar bercakap tentang keburukan
orang lain .

               Dia lebih suka menjaga tepi kain sendiri . Ira tersengih sahaja  niat di hati ingin ber'gossip' lagi mengenai Azeril bersama keluarga ,bimbang akan dileteri oleh ayahnya Ira mendiamkan diri .

"Oh , kalau macam tu , senanglah kita nak berbesan dengan Rajuddin tu kan abang ? Usik
Puan Maria .
Usikan ibunya membuatkan mereka sekeluarga ketawa mesra .
"Eh , ibu ni , orang dah cakap dia nakal , lagi nak buat menantu . Tapi , takpe lah . Aku suka ."
detik Ira lantas tersenyum nakal .
 ........................................................................................................................

                  Sampai di rumah , Ira lantas memriksa telefon bimbitnya .
                           
                                             127 missed call
                                              5 text messages

Kesemua missed call yang diterimanya adalah dari Syah , hanya satu missed call dari Nana ,
adik sepupu kesayangannya .
Ira memeriksa pesanan ringkas yang diterimanya . Sama seperti 'missed call',
 semua dari Syah dan satu dari Nana .

Syah : Hana , Syah minta maaf , Syah sayangkan Hana . Jangan tinggalkan Syah ,

Ira tersenyum mengejek . Jijik melihat pujuk rayu palsu lelaki itu . Hana merupakan nama
yang dipanggil oleh Syah buat Ira . MiaHana Shaheera binti Rahimi , tetapi
Ira tidak pernah selesa akan nama panggilan yang dipanggil Syah . Dia lebih selesa
dengan 'Ira' , ringkas dan mesra .

Satu sahaja yang dibaca oleh Ira , mesej daripada Syah yang lainnya terus dipadam . Ira kini tidak selemah dulu . Ira tercabar dek sikap lelaki yang semakin tidak tahu menghormati
diri nya itu .
Dibuka pula mesej dari Nana ,

Nana : Sis ! Dah break dengan Syah ? Tadi dia ada call Nana , mintak tolong pujukkan sis ,
          Nana ya kan je , tapi sis , biarkan dia ! I hate him sis . Nana sokong keputusan sis ,
          Nanti kita usha boyfie baru okay . :P

Ira tersenyum senang . Nana Dyanaa memang sangat memahami perasaannya ketika ini .

No comments:

Post a Comment